|8 Mar 2014| Sabtu|
Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari KLIA menuju ke Beijing, ia hilang dari radar selepas 45 minit berlepas daripada terminal Kuala Lumpur International Airport. Hilangnya x berjejak sehingga hari ni yang dah masuk ke hari yang ke 5.. Ke mana menghilangnya seramai 239 penumpang termasuk 12 org krew yang bertugas.. Jejak masih x kelihatan walaupun SAR telah dijalankan dengan bantuan daripada negara2 luar.. x perlu aku bercerita panjang, kehilangan mereka amat di rasai seluruh rakyat Malaysia waima ahli keluarga yang terdekat merasakan ini lah dugaan paling getir dalam hidup mereka.. Allah maha mengetahui segalanya.. x kurang jugak yang mempersendakan kehilangan pesawat MH370 ni.. kadang2 x paham dengan sikap rakyat Malaysia, segelintirnya menganggap perkara ni enteng atau sensitivitinya di tahap paling rendah. Malaysia menjadi tumpuan dunia, MAS tertekan, rakyat bersedih, keluarga hilang punca.. selagi x dijumpai selagi itu kita jangan berhenti berdoa agar Allah memberikn petunjuk kepada kita di mana mereka sebenarnya..
Aku tidak putus berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk di mana kah mereka.. kesian pada keluarga, sanak saudara yang setia menanti khabar berita.. hati pasti hampa setiap kali tiada berita baik yang dimaklumkan selain daripada berita buruk.. Hati mnjd galang, hanya doa yg dapat dititipkan buat mereka. spekulasi yang berleluasa di laman2 sosial mengganggu emosi keluarga mangsa. Aku yakin mereka akan pulang dengan selamat dalam apa cara sekalipun.. semoga kita terus berdoa kepada Allah dan mengharapkan adanya perkhabaran gembira pada esok hari....Amin..
Untukmu MH370 bertahanlah dan pulanglah.. kami semuanya sedang menanti... #prayforMH370
No comments:
Post a Comment