Monday, December 1, 2014

Lesson learn

Tiba2 muncul pulak hari ni kan..hmm..aku bukan blogger tegar tapi harini mcm nak luah perasaan sikit walaupun dah luah kat teman sehidup semati tapi macam x puas hati pulak..hehe.. bukan senang nak jaga hati semua orang tapi itu la hakikatnya kita manusia biasa x sempurna. kadang2 kita rasa kita dah buat baik dengan orang tapi belum tentu orang akan terima kita dengan sebaiknya.
Apa yang berlaku pada minggu ini adalah satu pengajaran buat aku dan justeru itu (amboi ayat) menyedarkan aku bahawasanya x semua manusia itu berhati mulia walaupun luarannya mcm angel. 

2 tahun di negara orang cukup mengajar erti berdikari, persahabatan, susah senang dan lain2.. mungkin ini masa yang tepat bila husband dapat tawaran bekerja di Malaysia. Walaupun mcm2 kejadian kat Malaysia sekarang ni x halang kami untuk pulang. The grass is always greener on the other side tapi negara sendiri jugak yang kita selesa biarpun ancaman politik bergolak. Why i said this is the right time to move on? banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni.. keluarga, sahabat dan juga melibatkan hati dan perasaan. Kadang2 aku kecewa dengan segelintir manusia yang mempunyai pemikiran yang pelik...ke aku yang pelik.. huhu.. duduk negara orang ni x de la best sangat pun..biasa aje cuma kl suruh aku puji, aku puji sistem pendidikan dan penjagaan mereka terhdap persekitaran, binatang dll. Undang2 diorg pun aku puji sebab diorang patuh even jujur. but then selagi x cuba x tahu kan..so siapa yang nak cuba ddk di luar negara itu sangat di galakkan.. jauh perjalanan luas pemandangan.. kalau suka boleh stay lama sikitkan..hehe.. apapun aku tetap anak Malaysia biarpun aku kini jauh beribu batu drpd negara ku.

Next month inshaa Allah kami bakal tinggalkan benua Australia yang mempunyai 4 musim..alhamdulillah merasa kesemua musim.. SubhanAllah, indah ciptaan Allah SWT.. Memori dan pengajaran yang x terbayar selama berada di sini.. Semoga ia menjadi lipatan memori yang indah buat kami bertiga biarpun anak aku x sempat nak bersekolah di sini.. Perancangan Allah itu menarik dan DIA tahu yang terbaik untuk umatNYA..

Sehingga ketemu lagi di lain masa.. Wassalam..

-Jwit-

Wednesday, March 12, 2014

Untukmu MH370...

|8 Mar 2014| Sabtu|

Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari KLIA menuju ke Beijing, ia hilang dari radar selepas 45 minit berlepas daripada terminal Kuala Lumpur International Airport. Hilangnya x berjejak sehingga hari ni yang dah masuk ke hari yang ke 5.. Ke mana menghilangnya seramai 239 penumpang termasuk 12 org krew yang bertugas.. Jejak masih x kelihatan walaupun SAR telah dijalankan dengan bantuan daripada negara2 luar.. x perlu aku bercerita panjang, kehilangan mereka amat di rasai seluruh rakyat Malaysia waima ahli keluarga yang terdekat merasakan ini lah dugaan paling getir dalam hidup mereka.. Allah maha mengetahui segalanya.. x kurang jugak yang mempersendakan kehilangan pesawat MH370 ni.. kadang2 x paham dengan sikap rakyat Malaysia, segelintirnya menganggap perkara ni enteng atau sensitivitinya di tahap paling rendah. Malaysia menjadi tumpuan dunia, MAS tertekan, rakyat bersedih, keluarga hilang punca.. selagi x dijumpai selagi itu kita jangan berhenti berdoa agar Allah memberikn petunjuk kepada kita di mana mereka sebenarnya..

Aku tidak putus berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk di mana kah mereka.. kesian pada keluarga, sanak saudara yang setia menanti khabar berita.. hati pasti hampa setiap kali tiada berita baik yang dimaklumkan selain daripada berita buruk.. Hati mnjd galang, hanya doa yg dapat dititipkan buat mereka. spekulasi yang berleluasa di laman2 sosial mengganggu emosi keluarga mangsa. Aku yakin mereka akan pulang dengan selamat dalam apa cara sekalipun.. semoga kita terus berdoa kepada Allah dan mengharapkan adanya perkhabaran gembira pada esok hari....Amin..

Untukmu MH370 bertahanlah dan pulanglah.. kami semuanya sedang menanti... #prayforMH370

Tuesday, March 11, 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku x pandai menulis, aku x pandai mengolah tapi aku punya satu hobi iaitu tetap ingin menulis setiap bait ayat yang tersirat di dalam hati.. Sejujur dan ikhlas ingin menulis walaupun kadang2 terasa seperti bercerita dengan seseorang yg x aku kenal tapi memahami apa yg aku tulis..

Hidup ini singkatkan walaupun bumi ni dah berusia beratus ribu tahun.. singkat sebab kita x tahu bila tibanya ajal dan singkatnya hidup bila kita merasakan terlalu banyak yang ingin di kejar, di capai tapi x pernah kesampaian atau belum lagi berpeluang utk mendapatkannya.. Harta dunia dan harta akhirat, dua benda yang sukar untuk di capai kalau kita x berada di landasan yang betul.. Aku bukan lah manusia yang sempurna, sama seperti kamu mencari ape yang ingin kita miliki.. Pernah sekali aku bersujud dan terasa ada satu perasaan yang cukup tenang seolah2 terlalu dekat dgn Allah penciptaku. Lama aku bersujud, rasa tenang, jiwa sayu, hati bersih, airmata mengalir.. Itu lah sekali yg aku dapat rasa, di tengah malam.. apa maskudnya? Aku anggap Allah dekat dengan aku ketika itu.. Maha besar maha suci ALLAH, pencipta segala kejadian alam..

Satu soalan yang aku selalu tanya pada diri sendiri --> Apa yang kau mahu dalam hidup? Soalan ni nampak mudah tapi jawapannya sukar.. Cliche bila keluar jawapan "Aku ingin bahagia dgn org yg tersayang", "Aku ingin ada kerjaya yang hebat", "Aku ingin hidup sempurna, cukup segala2nya.." Kita mungkin boleh dapat semua ni dgn usaha kita tapi adakah di redhai oleh ALLAH SWT? Soalan ini lah yg selalu jugak aku tanya pada diri sendiri.. Kita bukan sempurna, terlalu banyak perkara yg perlu aku dalami sebelum mata tertutup tapi cukup kah masa yg ada? sampai bila..? Aku tiada jawapan.. yang pasti, berada di landasan yang betul adalah kunci kejayaan dalam hidup di samping diredhai oleh pencipta kita.. 

Masih mencari, masih tercari dan masih belum mencukupi... Ilmu, iman dan amal.. Sesungguhnya aku tunduk dan takut dengan balasan di akhirat nanti.. Semoga kita semua di redhai dan disayangi oleh Allah SWT. Bersyukur kerana di lahirkan sebagai umat Islam.. Islam selamanya..